nuffnang

Followers

25 January 2013

~ mari beramal ~

Selawat dari segi bahasa bermaksud doa,rahmat daripada Allah,memberi berkat dan ibadah.

Selawat dari segi Syarak ialah Mengakui kerasulan Baginda Rasulullah SAW lalu berdoa agar Allah Taala mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda S.A.W.

KELEBIHAN BERSELAWAT:
 
1. Selawat merupakan satu amalan yang sangat dimuliakan oleh Allah Taala.

2. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.

3. Menjadi penyebab hajat,doa dan amalan baik diterima Allah.

4. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.

5. Boleh Menghapuskan kesalahan dan dosa.

6. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat serta syafaat Rasulullah SAW.

7. Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.

8. Selamat daripada huru-hara hari kiamat.

9. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

10. Di kasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.

HADIS BERKAITAN KELEBIHAN BERSELAWAT:
 
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
” Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawat untukku.”
Maksud Sabda baginda lagi:
” Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku,nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali,dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat.”
( Riwayat Ahmad,al-Nasai dan al-Hakim daripada Anas r.a )

seterusnya:” Sesiapa yang membaca selawat untukku pada hari Jumaat 200 selawat,diampuni dosanya oleh Allah selama 200 tahun.”
( riwayat al-Dailami daripada Abu Zar r.a )

Sabda Seterusnya: ” Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada Hari Kiamat.”

( riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda r.a )
” Di mana sahaja kamu berada,berselawatlah kepadaku,nescaya selawat itu sampai kepadaku.”
( riwayat al-Tabrani daripada Husain bin Ali r.a )

No comments:

Post a Comment