nuffnang

Followers

07 February 2013

** jUs kuRMa **




Kurma seperti yang diketahui umum mengandung khasiat yang tinggi, antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Kurma juga dikenalpasti boleh menghindar dan merawat berbagai masaalah seperti :
1. Merawat masalah dalam perut dan radang usus, ini kerana kandungan nikotinik yang tinggi membantu pertumbuhan organisma pathological, seterusnya menggalakkan pembiakan bakteria baik di dalam usus. Kehadiran bakteria baik ini menyihatkan usus dan melancarkan pencernaan makanan.

2. Melancarkan dan menguatkan fungsi jantung dan sekaligus boleh mengurangkan risiko penyakit lemah jantung dan sebagainya.

3. Mengatasi masalah sembelit, kerana kurma termasuk didalam makanan yang bersifat pelawas semulajadi yang bertindak melawas secara sederhana.

4. Menyuburkan rahim wanita iaitu memperelok dan menganjalkan otot-otot pada bahagian sistem dalam pembiakan wanita.

5. Meningkatkan stamina seksual untuk lelaki dan wanita sekaligus boleh menambah mesra hubungan intim suami dan isteri.

6. Selalunya dijadikan sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita, mengatasi masalah dingin seks juga boleh mencegah dan merawat masalah kemandulan.

7. Amat bermanfaat untuk ibu-ibu yang hamil bagi meredakan masalah mabuk dan menguatkan semangat mereka.

8. Mengatasi Masalah cirit-birit kerana kurma antara makanan yang kaya serat dan mudah dihadam.

9. Merawat masalah keputihan.

10. Mengurangkan gejala-gejala kepanasan, perpeluhan dan debaran berlebihan ketika menghampiri menopos.

11. Mencerdaskan minda pelajar sekolah.

12. Anti Stress kerana kurma mampu merawat kemurungan.

13. Menurunkan tekanan darah tinggi.

14. Mengatasi masalah nafas berbau.

15. Mengatasi masalah lelah (asma) kerana ia dapat melapangkan saluran pernafasan.

16. mencantikkan dan menambah seri pada kulit kerana ia dapat menghidupkan sel-sel kulit dan memberi kelembapan asli pada kulit.
17. Meningkatkan daya tahan tubuh.

18. Melegakan masalah pedih hulu hati.

19. Mencerdaskan minda, elok diamalkan oleh semua peringkat usia.

20. Menambah darah dengan meningkatkan paras hemoglobin dalam badan.

21. Mengatasi masalah gas dalam perut dan boleh meredakan penyakit gastrik.

22. Membantu menguatkan tulang, otot dan sendi.

23. Bermanfaat untuk merawat penyakit kanser usus tanpa kesan sampingan yang merbahaya. 


Cara penggunaan :
2x sehari = 1 sudu besar campur dengan setengah gelas air.


# Boleh juga diminum seisi keluarga iaitu dibuat minuman sejuk yangg menyegarkan .

04 February 2013

diNNer @ haYaki,daNau koTa,seTApak

assalammualaikum...
makan malam...
semua orang pun makan kan...
malam tadi papa ajak gi jalan-jalan cari makan..
mak aih..
nak makan punye pasal..
tengok tak kat mana kami 1 family gi cari makan..
jauh tu..
dari rumah nak sampai ke tempat makan agak -agak dalam berapa saat ek?
tak ape..
asalkan bahagia...
hehehe..
makanan di sini ok lah..
sedap n kena dengan selera...
tempat pun ok..
sekitar Hayaki Kopitiam ni boley dikatakan semua nya kawasan tempat makan..
antaranya Old Town,Flaming Steamboat,Tutti Fruity,Restoran Makanan Arab n sewaktu dengannye lah..
tak hingat dah..
tapikan..
tempat makan sini...
parkingnye berbayar okeh..
bukan mahal pun..
sehinggit jek..
eh..
banyak omellah ibu ni...
jom ke layar...
tengok ape kami oder..

ibu punye air..air suam dan teh tarik

desert ~ mango rock

nescafe o suam untuk papa




nasi kukus hayaki untuk ibu





Hayaki Chiken Chop untuk Papa


dan sekadar gambar hiasan..










** kiut miut **




kiut jek buaian ni...
kecik...
padan ngn balqis n qistina...
asyik request nak gi main buaian...
papa pun belikan lah...
cari punya cari dapat jugak buaian yang kecik dan kiut ni..


 

~ tepuNg goMak ~

assalammualaikum rakan blogger ibu...
tajuk entry ibu hari ni...
baca jek kat atas tu...
ini semua dak tecik yang licik punye cerita..
mentang-mentang dah pandai memanjat...
benda yang taruk kat tempat tinggi pun die capai..
dak tecik qistina memang sangat advance dari kakak...
dah jadi camni..
habis bedak dalam beg sekolah kakak..
baik muka die, lantai, beg sekolah kakak habis berbedak...
wangi satu rumah...
untuk lebih lanjut silalah scroll ke bawah...

<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<