nuffnang

Followers

09 November 2012

** Tupperware **





salam pagi jumaat..
pagi yang penuh rahmat..
entry merapu ibu balqis n qistina hari ni...
kehkehkeh..
tupperware...
ibu balqis n qistina memang dah lama minat dengan tupperware ni..
tapi disebabkan nak mengumpul barangan vantage,
tupperware mestilah kena q dulukan..
dahler harga tupperware sikit punye murah (mahalla tu)
ibu balqis n qistina dah puas hati dengan barangan vantage yang dikumpul..
so...tupperware pula la sasarannye..
brand tupperware memang dah lama...
dah la warna n design cantik..
mampu memikat hati dan duit para ibu-ibu yang lain..
koleksi tupperware ibu balqis n qistina baru sikit ni...
tak per...
kumpul sikit-sikit..
lama-lama banyaklah...
suka taw tengok tupperware ni...
sejuk mata memandang..
( itu kalau ko pandai susun n kemas suhada oii..)
hehehe...
sekian sahaja merapu meraban dari ibu balqis n qistina...
 

08 November 2012

~ Terima Kasih Papa Balqis N Qistina ~





salam pagi khamis semua...
tengok tak gift ape papa bagi pada ibu..
haaaa...
sayang sangat-sangat n terima kasih sangat-sangat kat papa..
papa paham rupanya minat ibu...
ngeeee...(senyum lebor ye ko suhada)
dapat gift ini..
disebabkan ibu ni obses sangat ngn english style
papa belikan ibu gift ini..
kejutan taw..
balik dari keje,buka pintu,tgk dah ade benda ini di atas meja..
saja taw papa ni..
ni jam ala english style yang kedua untuk ibu..
hehehehe....
cantik...
double sided plak too..
thanks a lot papa..
luv u n miz u so much...
muah..muah..muah...( panjang muncung ko suhada cium laki ko )

07 November 2012

~ durian oh durian ~


salam pagi rabu kawan-kawan..
ibu balqis n qistina nak tanyela..
sape yang minat aka obses ngn durian?
semua minat kan..
pada yang tak minat tu,rugi besarla jawabnye..
sedap wooo durian..
tambah plak kalau dapat yang jenis musang king...

musang king yang di beli masa otw balik ke shah alam

haaa..
nilah musang king!
beli masa otw balik ke shah alam aritu..
sedap n manis n lemak berkrim...ngeee..
ibu balqis n qistina
samala jugak ngn papa balqis n qistina..
memang obses ngn durian ni..
kalau buat kuah serawa,makan plak ngn roti jala...
mak aii...
nyam..nyam...sedapnye..
tak pun kalau ade yang suka makan ngn pulut..
adoi...terliur la plak ibu...
kena cargas pi cari ni..
tapi dah dapat makan sebenarnye..
sekarang plak..
orang ramai makin kreatif untuk menghasilkan sesuatu..
bijak pandai la kan..
dorang dah menghasilkan sejenis makanan dari isi durian kepada ala-ala kuih ketayap..
namanya DURIAN CREPE
semalam ibu balqis n qistina ade membeli dari rakan yang membuat n menjualnye di ofis..
cuba dulu 1 pax..
1 pax dalamnye ade 6 ketul dengan harga RM10.00
ohkehla kan..
memang sangat-sangat sedap...
papa balqis n qistina pun sukakannye..
memandangkan sedap...
hari ni ibu balqis n qistina oder lagi 2 pax...
dapat makan durian crepe...
nyam..nyam..

durian crepe yang ibu balqis n qistina oder

06 November 2012

** muhasabah diri **


salam pagi selasa..
pagi ini ibu balqis n qistina nak berkongsi ilmu dari pembacaan artikel
berkenaan muhasabah diri..
tetiba nak mengoogle input ni..
mari kita sama-sama muhasabah diri kawan-kawan..
amin..

 

  Mengikut Ibnu Qudamah:

"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."

Ibnul Qaiyim pula berkata:

"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali."

Kepentingan bermuhasabah

Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.
Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bilamana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama bila mengalami kekalahan), pasti akan di adakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.
Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.
Sabda Rasulullah saw :
"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"

Kelebihan bermuhasabah
      1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
      2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
      3. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
      4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
      5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.   
Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.

Maka, di kesempatan ini, ibu balqis n qistina menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan seterusnya kepada pembaca-pembaca yang di rahmati Allah sekalian, agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini.



05 November 2012

** Selamat Beramal **

salam pagi isnin semua....
dua hari ibu balqis n qistina x bersiaran...
pagi ini ibu balqis n qistina nak berkongsi kelebihan ayat Kursi..


1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali
pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan
sembahyang sunat dua rakaat, Allah
memeliharanya daripada kejahatan syaitan
dan kejahatan pembesar.”


2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Orang yang selalu membaca ayat Kursi
dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana
DIA memelihara Nabi Muhammad.”


3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Mereka yang beramal dengan bacaan ayat
Kursi akan mendapat pertolongan serta
perlindungan Allah daripada gangguan
serta hasutan syaitan.”


4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin
Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi
benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah.”


5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
“Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan
memberikan keselamatan ketika dalam
perjalanannya.”

02 November 2012

Tutti Frutti

salam pagi jumaat...
pagi yang penuh rahmat...
sebelum ni ibu balqis n qistina penah buat entry pasai tutti frutti kan...
jom layan gambar je boley??
nak merapu panjang-panjang x dek idea la...
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
















01 November 2012

** posing aidiladha **

salam pagi khamis...
kisah aidiladha lagi...
kalau sebut pasal raya,memang seronokkan..
sakan benor ibu balqis n qistina ni...
aidiladha baru ni,x banyak persediaan pun..
pakaian ibu n anak jek yang bertukar...
papa tak moo katanya..
papa kata belikan seluar jin n tshirt "unta" je kat die..
ibu dua pasang baju kurung moden n tudung fareeda..
balqis n qistina sepasang baju kurung, sepasang gaun "lovely lace baby"
dan sepasang kasut "lovely lace baby"..
cukuplah kan untuk anak dara ibu berdua ni...

gambiran di hari raya pertama...
di rumah mertua di Felda Padang Piol,Jerantut..
 














gambiran di hari raya kedua...
di rumah mak di Felda Bukit Sagu 1,Kuantan.